Wednesday, June 23, 2010

aYah...BapA...dAddY...


Selamat Hari Bapa aku ucapkan kepada semua bapa-bapa di Malaysia ni samada yang sah atau pun TIDAK SAH. Jarang kita dengar ungkapan ini kerana mungkin Hari Bapa tidak diberikan promosi yang hebat.....tidak seperti hari ibu dan hari kanak-kanak......Tetapi bagi aku itu semua tidak penting, takkan nak ucapkan penghargaan kat bapa-bapa kita setahun sekali je......bila-bila pun boleh, janji hati tu nak. Yang jadi masalah ni, kadang-kadang keegoaan kita yang dah capai tahap cipan la...susah sangat nak mengaku salah, nak minta maaf kat bapa-bapa kita....
Aku ni cam biasa la, tak nak kata kat orang, tengok diri sendiri dulu......bapa aku seorang yang cukup tegas, masa kecil-kecil dulu pantang buat silap, confirm kena.....elok la dengan perangai aku masa tu, buas tak kenal tempat.....kadang-kadang tu merungut kat belakang...yang tu tak kena, yang ni tak kena....camla aku ni hebat sangat.....fikir masa kena marah je....masa aku sakit....siapa bawa aku pergi ambil ubat??? Masa aku terseliuh...siapa yang urut tangan aku??? BAPA aku juga........masa tu tak ingat pun jasa-jasa camni....
Sekarang ni baru aku tahu, disebabkan ketegasan bapa aku la, aku dah jadi camni....sekurang-kurangnya mampu juga berjasa kat bangsa aku sendiri......TERIMA KASIH ABAH......
Dan sesungguhnya aku bersyukur sangat-sangat kerana abah masih di sisi aku lagi sekarang ni....bolehla juga berkongsi masalah dan pendapat........dan sekarang ni pun aku dah bergelar BABA kepada putera aku yang comel,cerdik, cergas...macam baba dia juga........Baru aku tahu tanggungjawab, tugas sebagai seorang bapa.....BERAT!!!!! nak mendidik anak aku di zaman yang tersangat mencabar sekarang ni......PERSOALANNYA ADAKAH AKU AKAN MENJADI SEHEBAT ABAHKU DALAM MENDIDIK ANAK-ANAKNYA????????????

2 comments:

chewawa said...

Selamat menjadi bapa yg hebat!!!

Anonymous said...

GOOD!!!!

Post a Comment