Thursday, October 14, 2010

KEMBALI SEMULA.......................

akhirnya setelah hampir 4 bulan menyepikan diri, akhirnya aku kembali ke dunia blogger ni, bukannya apa, banyak sangat problem, ni dah kira ok la sikit...apa2 pun tunggu jela penampilan semula aku ni.....................
»»  Teruskan bacaan...

Thursday, June 24, 2010

sahabat.....kawan.....PENGKHIANATAN!!!!!!!!



Sahabat......perkataan yang cukup mulia bagi seseorang yang menghargai orang lain....kawan....perkataan yang cukup beerti bagi seseorang yang menghomati orang lain....PENGKHIANAT.....perkataan yang cukup haprak bagi seseorang yang tidak mempunyai hati perut dan menzalimi orang lain untuk kepentingan diri sendiri.........
Bukan nak menuduh siapa-siapa pun tetapi sebagai satu panduan supaya kita sentiasa berhati-hati dalam memilih rakan kita...nabi pernah berkata BERKAWAN DENGAN PENJUAL BUNGA, SECARA TAK LANGSUNG KITA AKAN MENDAPAT SEDIKIT HARUMAN BUNGA TERSEBUT TETAP SEKIRANYA KITA BERKAWAN DENGAN SEORANG TUKANG BESI, PASTI SATU HARI KITA AKAN TERKENA SEDIKIT API YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT BESI TERSEBUT....aku pun tak la cekap sangat tapi bunyi lebih kurang camtu la....
Pernahkah kita terfikir manusia yang berada di sekeliling kita yang sentiasa mengakui bahawa mereka adalah kawan yang terbaik......betul ke apa yang dikatakan tu??? Adakah mereka akan bersama kita dalam susah ke senang??? Adakah mereka sentiasa menegur kita sekiranya kita tersilap jalan??? Adakah mereka menghargai serta menghormati kita sebagai seorang manusia???
Dalam dunia hari ni, kawan nak bergelak ketawa cukup banyak...tapi berapa orang sangat yang nak bersedih dengan kita sekiranya kita dilanda masalah???
Adakah seseorang manusia itu layak digelar sahabat sekiranya sanggup menikam kita dari belakang untuk tujuan tertentu dan kepentingan peribadi??? Tergamak ke kita untuk melakukan perkara yang sama kepada rakan kita??? Aku ni bukan la pakar motivasi tapi pendirian aku senang je...kalau kita nak orang lain hormat, hargai kat kita, jalan yang terbaik kita dulu kena hargai dan hormat orang.....
Aku selalu kata, kita ni sentiasa dipenuhi dengan perasaan ego yang tinggi tetapi dalam waktu-waktu tertentu, kena la juga buang ego kita kat tepi dulu....sentiasa bersedia untuk mendengar pendapat, pandangan orang lain...nasihat dan teguran untuk kita yang mana aku rasa itu ubat yang paling mujarab untuk nak menjadikan kita manusia yang terhebat.......
aku ni boleh cakap je kat sini tetapi aku teringin sangat nak tengok bangsa Melayu, agama Islam menjadi hebat seperti sejarah dahulu sebelum aku mati.............
AYUH sahabat semua...marilah kita saling hormat-menghormati....harga- menghargai sesama kita.........ingatla sahabatku...sejarah tidak pernah menipu.....
»»  Teruskan bacaan...

Wednesday, June 23, 2010

RAja buAH.......................durian.....

Dengar saja DURIAN semua terbayang buah yang banyak duri...isi yang kuning macam gigi yang tak pernah bergosok.......fuhhh!!!! nikmatnya dunia dengan haruman yang cukup power........aku yang bertugas kat kawasan yang agak pedalaman sikit ni agak bersyukur kerana di tempat aku ni boleh la juga dikategorikan sebagai syurga buah-buahan tempatan.....kalau setakat durian, rambutan, langsat,cempedak ni tiap-tiap hari ada je rezeki mencurah.........tak pernah putus sampai habis semua demam.....sakit tekak, selsema kerana asyik makan buah-buahan ni....
Kali ni aku sebenarnya nak cerita pasal raja buah...DURIAN..........Semua orang tahu durian ni raja buah kan??? cukup hebat, tak bole nak lawan..tapi pernah tak kita lihat nasib si raja buah ni.....kalau bilangannya terlalu banyak.....takde harga langsung, tengok kat tempat aku sudah.......tuan-tuan buah ni pakat sedekah je kat sapa-sapa yang kenal......Apakah sudah tidak ada alternatif untuk nak menjual buah durian ni kat tempat yang ada permintaan tinggi???? Sedih juga la tengok nasib raja buah ni......busuk camtu je.....
Tapi nasib durian ni kira ok la juga sebab kalau isi yang buruk, masam tu ada juga gunanya....jadi TEMPOYAK..........sempoi juga tu......Yang paling best nyer ada juga orang kat tempat aku ni makan biji durian.....direbusnya biji tu kemudian makan...dahsyat betul la.....tak pernah aku jumpa lagi.....sekurang-kurangnya dapat juga la ilmu baru........kalau nak makan lagi mai la kat SIK, Kedah................durian power dok tunggu!!!!!!!!

»»  Teruskan bacaan...

aYah...BapA...dAddY...


Selamat Hari Bapa aku ucapkan kepada semua bapa-bapa di Malaysia ni samada yang sah atau pun TIDAK SAH. Jarang kita dengar ungkapan ini kerana mungkin Hari Bapa tidak diberikan promosi yang hebat.....tidak seperti hari ibu dan hari kanak-kanak......Tetapi bagi aku itu semua tidak penting, takkan nak ucapkan penghargaan kat bapa-bapa kita setahun sekali je......bila-bila pun boleh, janji hati tu nak. Yang jadi masalah ni, kadang-kadang keegoaan kita yang dah capai tahap cipan la...susah sangat nak mengaku salah, nak minta maaf kat bapa-bapa kita....
Aku ni cam biasa la, tak nak kata kat orang, tengok diri sendiri dulu......bapa aku seorang yang cukup tegas, masa kecil-kecil dulu pantang buat silap, confirm kena.....elok la dengan perangai aku masa tu, buas tak kenal tempat.....kadang-kadang tu merungut kat belakang...yang tu tak kena, yang ni tak kena....camla aku ni hebat sangat.....fikir masa kena marah je....masa aku sakit....siapa bawa aku pergi ambil ubat??? Masa aku terseliuh...siapa yang urut tangan aku??? BAPA aku juga........masa tu tak ingat pun jasa-jasa camni....
Sekarang ni baru aku tahu, disebabkan ketegasan bapa aku la, aku dah jadi camni....sekurang-kurangnya mampu juga berjasa kat bangsa aku sendiri......TERIMA KASIH ABAH......
Dan sesungguhnya aku bersyukur sangat-sangat kerana abah masih di sisi aku lagi sekarang ni....bolehla juga berkongsi masalah dan pendapat........dan sekarang ni pun aku dah bergelar BABA kepada putera aku yang comel,cerdik, cergas...macam baba dia juga........Baru aku tahu tanggungjawab, tugas sebagai seorang bapa.....BERAT!!!!! nak mendidik anak aku di zaman yang tersangat mencabar sekarang ni......PERSOALANNYA ADAKAH AKU AKAN MENJADI SEHEBAT ABAHKU DALAM MENDIDIK ANAK-ANAKNYA????????????
»»  Teruskan bacaan...

Sunday, June 13, 2010

LUMRAH KEHIDUPAN..............



Kehidupan kita yang singkat ni bolehlah juga diibaratkan seperti memandu kenderaan ke satu destinasi yang kita hendak sampai.....kita sendiri yang akan menentukan destinasinya....kita jugalah yang akan menentukan laluannya....kita juga yang akan memastikan kita sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.....di sepanjang jalan pastinya terdapat banyak simpang, selekoh, laluan berbukit....yang tak sedapnya jalan pula jem atau banjir kilat......susah kan nak sampai kalau jadi camtu.....nak pula kita ni jenis yang tak tau sabar, potong sana, cilok sini...accident la pula....HAAHHH...panjang lagi la ceritanya..........
Begitulah juga dengan kehidupan kita yang dipinjamkan oleh ALLAH S.W.T dengan tempoh yang singkat ni...sekiranya kita tersilap pilih jalan, pasti kehidupan kita akan terpesong dari ajaran Islam, tapi kita juga kena sentiasa ingat, masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan....janganlah kita sombong, angkuh dan ego dengan pencipta kita....kita ni hanyalah hamba...bukan tuan pun di dunia ni....
Diri kita sendiri yang akan menentukan arah, corak kehidupan kita, selalu lah bermuhasabah diri untuk menginsafkan kita dengan perbuatan yang telah kita lakukan........mudah-mudahan kehidupan kita ini diberkati ALLAH S.W.T................
»»  Teruskan bacaan...

Friday, June 4, 2010

NEGARAWAN TUN DR MAHATHIR.............



Bagi aku Tun bolehla diibaratkan sebagai AYAHANDA yang terhebat dalam abad ni......terus terang aku aku cakap, aku memang mengagumi TUN serta menjadikan TUN sebagai idola aku....pandangan, perancangan masa depan, matlamat memang cukup hebat........sebagai contoh, PERDANA GLOBAL PEACE ORGANIZATION (PGPO) adalah satu langkah yang cukup baik untuk membantu mangsa2 kekejaman akibat perang.....yang terbaru berkaitan dengan penghantaran bekalan bantuan ke Palestin yang mendapat tentangan hebat dari Israel......semangat TUN sebenarnya telah meresapi ke dalam jiwa sukarelawan ini....mereka sanggup bergadai nyawa untuk masyarakat Palestin yang ditindas ISRAEL JAHANAM........aku hanya mampu berdoa dan mencuba untuk menjadi seperti mereka ini sekiranya diberi peluang.....aku cukup kagum dengan semangat mereka ini....mudah2an ALLAH S.W.T akan memakbulkan doa aku untuk menjadi salah seorang sukarelawan untuk membantu masyarakat Islam yang lain.......ini saja yang mampu aku lakukan untuk masyarakat seagama dengan aku............AYUHLAH rakan2.....jangan kita hanya pentingkan diri sendiri....dah tiba masa untuk kita menyumbangkan tenaga kita untuk membantu masyarakat seagama kita yang ditindas.....inilah peluang kita untuk memulakan sesuatu yang satu ketika dulu agak mustahil.................
»»  Teruskan bacaan...

IsRAel...........

Pagi tadi masa aku tengok siaran MHI berkaitan dengan kekejaman Israel, aku betul2 tertarik dengan pandangan Ustaz Zahazan mengenai kajian beliau mengenai Israel, Yahudi dan Zionis.......Menurut beliau, kekuatan dan keangkuhan Israel sekarang ini adalah kerana persediaan yang telah lama dilakukan serta yang paling penting ialah perpaduan di kalangan Yahudi itu sendiri..Maka tidak hairanlah mengapa bangsa Yahudi ini walaupun bilangan mereka sedikit, tetapi mereka mampu untuk menguasai dunia....HEBAT KAN???
Anak2 yahudi ini telah dididik semenjak dari dalam perut ibu mereka lagi....mereka didedahkan dengan rakaman pelbagai bahasa di dunia, ilmu2 matematik dan sebagainya sebagai persediaan untuk menjadi bangsa yang terhebat...........anak2 kecil yang bersekolah pula telah diajar serta diasuh bahawa bangsa mereka adalah bangsa yang paling tinggi martabatnya......bangsa2 lain yang ada hanyalah binatang tunggangan mereka saja............jadi tidak hairanlah apabila anak2 ini besar dan menjadi pemimpin, keangkuhan mereka menjadi warisan turun-temurun....................
PERSOALANNYA...adakah kita didedahkan dengan budaya sedemikian?????? bukan la maksud aku nak jadi angkuh, tapi macamana nak jadi bangsa dan agama yang hebat.......tak payah la tengok sampai tahap dunia, tengok dalam negara kita sudahlah............anak2 kita sekarang ini banyak didedahkan dengan pelbagai jenis hiburan.....MALAYSIAN IDOL LAH, AKADEMI FANTASIA LA, MENTOR LA....tu yang jadi panduan kita....kita bangga bila anak2 kecil kita pandai menyanyi, beraksi seperti artis di atas pentas........tak banyak yang bangga bila anak2 nk jadi ustaz ke, professor ke.........KENAPA??KENAPA??KENAPA?? Di manakah silapnya???????????
Wahai pembaca yang aku hargai........MARILAH kita sampaikan mesej kepada yang lain, perpaduan, ilmu, kelangsungan bangsa itu cukup penting untuk mengelakkan kita ditindas.......bukti dah ada.....yahudi yang sikit mampu kuasai pelbagai bidang di dunia ni........kita yang banyak ni boleh tengok, simpati dan menangis jela.............
»»  Teruskan bacaan...
Bookmark and Share