Sunday, May 9, 2010

Subhanallah. Awan gelap telah menyelubungi angkasa negara-negara Eropah. Dua kali letupan besar gunung berapi di Iceland sudah cukup untuk merugikan ramai orang. Dengar-dengar cerita, hampir RM3 billion kerugian yang dialami, di mana kerugian terbesar dirasai oleh syarikat-syarikat penerbangan terkenal dunia. Mana tidaknya, ramai orang yang ter’sangkut’ dalam lapangan terbang berikutan pembatalan 25000 penerbangan. Bukan sikit makcik oiii. Apa-apa pun, apabila awan gelap berarak, maka kilat pun sabung menyabung. Seperti golongan pengambil gambar, wartawan dan saintis gila yang sanggup menyabung nyawa demi membuat kajian dan mengambil gambar yang bagus. Aku tabik spring la kepada mereka tu. Akhirnya boleh la aku tengok gambar letusan gunung berapi ini. Gambar-gambar gunung berapi Iceland ini menunjukan per’balahan’ antara kilat dan debu awan berapi. Cheh bunyi macam sedutan dari komik alam perwira je kan. Hahaha............ni la kuasa ALLAH S.W.T......

No comments:

Post a Comment

Bookmark and Share