Thursday, May 27, 2010

DUGAAN ALLAH S.W.T...............

Setiap makhluk ALLAH yang bergelar manusia yang mempunyai akal pasti akan akan duji oleh penciptanya sendiri....cuma kita tidak tahu dalam bentuk apakah ujian dan dugaan yang kita akan terima.....ini adalah hak ALLAH untuk menguji hambanya. Apa yang penting ialah kita seharusnya rasional dalam menghadapi dugaan ini, mungkin selama ini kita terlalu senang hingga lupa, lalai terhadap tanggungjawab kita sebagai hamba......dugaan yang datang pasti ada hikmahnya pasti ada pengajaran kepada kita dalam mengharungi kehidupan mendatang.......Ini tanda ALLAH sayang kat kita, bagi kita peluang dalam memperbaiki hidup kita...kita seharusnya bersyukur kerana kita diuji sebegitu, ini menunjukkan kita mampu menghadapi dugaan yang diberi jika dibandingkan dengan makhluk ALLAH yang lain....janganla kita jadi kalut hingga lupa diri tetapi kita seharusnya mencari penyelesaian untuk ujian yang diberi...apa2 pn kita kena ingat bahawa ALLAH sentiasa bersama insannya yang bersabar...............pasti ada balasan untuk dugaan yang diberikan, yang penting adalah kesabaran kita dalam menghadapi situasi sebegitu...kalau tak, tiadalah istilah SABAR SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN................
»»  Teruskan bacaan...

Wednesday, May 19, 2010

BOla SEpak MAlaysia



Rasa2nya dah hampir 30 thn klip video ni...........aku pun takde lagi masa ni tapi aku tumpang bangga kerana Malaysia mampu untuk menggerunkan lawan masa tu........Bila lagi rasanya aku mampu nak tengok kehebatan camtu...kenapa agaknya bola sepak kita teruk sampai ke peringkat sekarang??? Nak kata tak canggih, stadium Malaysi lagi hebat dari stadium di Vietnam.....nak kata tak cukup gaji rasanya gaji player bola ni lagi banyak dari gaji pengajar cam aku ni.......nama2 seperti mokhtar dahari, santokh singh, soh chin aun dan r. arumugam cukup glamor masa tu.........
cuba kita tengok ada iklan MAXIS terbaru dalam TV skrg ni citer pasal soh chin aun.....tak rasa jeles nak jadi camtu ke.....cuba dengar kata2 nya dlm iklan tu........................
Pernah aku tengok satu dokumentari pasal player bola malaysia dulu2......katanya dulu gaji tak banyak mana pun...layak main kat sukan olimpik pun takde pe....semuanya terpaksa berkorban demi untuk negara....semangat tu beb....cuba tengok sekarang, sikit2 duit, takde ganjaran main alai-balai...apa citer ni????
takde langsung semangat untuk negara.....harap jersi je sama brand BRAZIL, player dunia buat stail rambut, kita pun nak buat....player dunia main pakai kepala otak, kita main pakai kepala lutut......
aku ni bukan nak menghina, main bola pun lebih kurang je, tapi kepada player bola Malaysia, tanggungjawab main untuk negara bermaksud membawa maruah tau...kalau semangat je tinggi, main hancus tak guna jugak.....masing2 ada keje kan, jadi buat keje masing2......kalau dah keje main bola, main elok2, kata profesional.........
TOLONGLA berlatih betul2, main elok2.....aku ni sebagai peminat bukan tak nak sokong, tapi dah meluat nak tengok cara team Malaysia main............mungkin ada orang suka kot????
harap2 klip video ni jadi pembakar semangat bukan setakat nak bangga dengan kejayaan dulu je......MALAYSIA BOLEH
»»  Teruskan bacaan...

Monday, May 17, 2010

ALAHAI......bangsaku MELayu.....



video klip ni memang menjadi klip kegemaran aku dari masa Tun melafazkannya pada persidangan UMNO dulu......ini bukan nak bercerita tentang politik, tetapi ini berkaitan dengan bangsaku MElayu......cuba kita lihat situasi sekarang....DIMANAKAH BANGSA MELAYU DI TANAH MELAYU?????? dari segi pegangan ekonomi, kita agak ketinggalan....dari segi pendidikan, kita agak ketinggalan, cuma yang boleh dibanggakan adalah dari segi masalah sosial dan keruntuhan akhlak, makin meningkat dari hari ke hari....boleh dikatakan dari sudut penagihan dadah, lumba haram, seks bebas, pembuangan bayi.....bangsa kita menduduki Ranking teratas, tak tergugat pun.....ADAKAH INI YANG KITA NAK?????
Hang Tuah pernah berkata, "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" tetapi aku rasa kalau Hang Tuah masih hidup lagi hari ini, dia akan menyesal sebab kata camtu dulu, dia pun rasanya meleleh air mata tengok bangsa melayu sekarang...........
wahai anak bangsaku......lupakah kamu satu masa dahulu kita pernah terlalu lama dijajah.........lupakah kamu satu masa dahulu kita hanya layak menjadi hamba.....lupakah kamu akibat persengketaan sesama bangsa la yang menyebabkan kita menjadi haprak.........adakah kita hendak menjadi seperti itu kembali dan mengkhianati perjuangan pejuang2 bangsa yang mempertaruhkan segalanya termasuklah nyawa sendiri untuk kesenangan kita sekarang......
tak salah untuk kita menyokong mana2 parti politik yang kita rasakan betul tetapi satu perkara yang mesti menjadi keutamaan kita iaitu KELANGSUNGAN BANGSA MELAYU...janganla disebabkan perbezaan fahaman politik, kita berpecah belah, secara tidak langsung ini akan melemahkan bangsa kita sendiri......ambil la contoh rakyat Palestin, bergaduh sesama sendiri, negara tergadai.....ISRAEL tersenyum......
AYUHLA anak bangsaku......kembali balik kepada ajaran Islam....itu je asasnya...sekiranya tapak yang kita berdiri tu dah kukuh, buatla apa pun, susah untuk diruntuhkan, fikir-fikirla anak bangsaku...............................................
»»  Teruskan bacaan...

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU...........



SELAMAT HARI GURU.................teringat aku masa zaman sekolah dulu, tiba je hari guru, murid2 pakat ramai2 bawa hadiah, bagi kat cikgu2 yang baik......cikgu2 yang garang memang tak dapat apa2 pun la........dapat maki hamun ada. tapi sekarang baru la aku terkenang balik, yang garang tu la yang buat aku jadi camni sekarang........bukan yang tak garang tu tak bagus, tapi biasala kan, mesti ada yang tak garang, mesti ada yang garang.....baru proses mendidik tu jadi lebih berkesan.....
tapi sekarang ni aku tengok lain macam je......kalau dulu zaman aku sekolah, kalau cikgu pukul, balik rumah tak berani nak mengadu kat mak abah...diam2 je, takut kena sebat plak, tapi hari ni bila mengadu je, ada plak cikgu kena sebat dengan keluarga.........zaman aku dulu lagi nakal kalau nak banding dengan sekarang, tapi kami hormat cikgu2 yang ada.......
CIKGU......satu perkataan yang cukup mulia dalam hidup ini, tanpa cikgu di mana kah kita????
Pernahkah kita terfikir akan pengorbanan cikgu2 kita??? Pernahkah kita terfikir perasaan cikgu2 kita bila tengok ada di kalangan anak murid yang tak jadi 'manusia'?????
Pernah tak kita terfikir bahawa cikgu itu adalah seorang manusia juga????
Sebelum terlewat...AYUHLAH kita HARGAI cikgu2 kita, bukan nya susah sangat pun...ucap selamat hari guru je.......saya pasti cikgu2 kita yang ada ni bukan nak apa2 pun, nak tengok anak2 murid dia jadi manusia yang berguna je............
Bagi cikgu2 muda........berbanggalah dengan kerjaya mulia anda ni...jangan sesekali menyesal dan mengalah.........marilah bersama2 kita bangunkan agama, bangsa dan negara kita....peganglah amanah ni sekuat2nya......anda lah penyuluhnya...kami hanya akan berjalan melalui jalan yang disuluh itu.............TERIMA KASIH CIKGU.........mudah2an ALLAH S.W.T memberkati anda.......
»»  Teruskan bacaan...

Tuesday, May 11, 2010

BILa SuperMisai MenuLis

Semenjak 2 menjak aku jadi blogger ni rasa ok la gak......tq la kpd anak2 murid aku yang sentiasa menyokong aku......cmni la anak murid terbaik, mcm2 la depa tolong aku, bg idea nk bg cntik blog la, teknik2 yg terbaik untuk menceriakan blog aku ni......terima kasih byk2, jasamu dikenang, cam theme bola KEDAH la plak......aku bangga ada anak2 murid cmni......x salah klu guru belajar ngan anak murid kalau tu bole bg kebaikan.....sesungguhnya walaupn bergelar guru tp kita masih lg seorang manusia yang sentiasa ada kelemahan..untuk jadi yang terbaik, kita mesti sentiasa belajar dan perbaiki diri...walau dgn sapa pn kita belajar, tu x jadi prob...BETUL X????
Janganla kita berasa megah dengan pe yg kita ada kerana setiap manusia ada kekurangan tersendiri.....kepada semua anak2 muridku yg membaca tulisan ini, sentiasa la berusaha utk jd yang terbaik dan terhebat.....cm amanat pendekar la plak ni.......sesungguhnya setiap kejayaan yang bakal mendatang pasti akan ada dugaan yang menanti.....hanya yg tabah akan berjaya................
»»  Teruskan bacaan...

Sunday, May 9, 2010



SELAMAT HARI IBU.............................
ni la perkataan yang selalu kita dgr bila tiba je 9 MEI.........tp adakah kita paham maksud sebenarnya atau kita hanya tau ucap bila semua org di sekeliling kita ucapkan benda yang sama......sedarkah kita pengorbanan ibu kita??? adakah kita pernah melukakan hati ibu kita???insaf ke kita dengan perbuatan yang pernah dilakukan kepada ibu kita??? nak kata kat orang x brape best gak la tp saya rasa diri saya ni pn byk dosa dgn ibu saya.....tu la manusia kn, sentiasa x lari dr kesilapan dan kesalahan.......cuma mungkin kita yang sedar dgn kesalahan merupakan satu kelebihan kalau nak dibandingkan dgn org2 yang x pernah sedar pe yang dibuat kepada ibu mereka.......................
mudah2an hari ibu tahun ini merupakan hari ibu yang terbaik bg kita yang masih mempunyai ibu untuk diraikan bersama2 dengan ibu tercinta........mungkin pe yang diraikan ni tidak dapat menandingi pengorbanan ibu kita tetapi sekurang2nya masih lg ada yang menghargai ibu masing2........................
»»  Teruskan bacaan...
Subhanallah. Awan gelap telah menyelubungi angkasa negara-negara Eropah. Dua kali letupan besar gunung berapi di Iceland sudah cukup untuk merugikan ramai orang. Dengar-dengar cerita, hampir RM3 billion kerugian yang dialami, di mana kerugian terbesar dirasai oleh syarikat-syarikat penerbangan terkenal dunia. Mana tidaknya, ramai orang yang ter’sangkut’ dalam lapangan terbang berikutan pembatalan 25000 penerbangan. Bukan sikit makcik oiii. Apa-apa pun, apabila awan gelap berarak, maka kilat pun sabung menyabung. Seperti golongan pengambil gambar, wartawan dan saintis gila yang sanggup menyabung nyawa demi membuat kajian dan mengambil gambar yang bagus. Aku tabik spring la kepada mereka tu. Akhirnya boleh la aku tengok gambar letusan gunung berapi ini. Gambar-gambar gunung berapi Iceland ini menunjukan per’balahan’ antara kilat dan debu awan berapi. Cheh bunyi macam sedutan dari komik alam perwira je kan. Hahaha............ni la kuasa ALLAH S.W.T......
»»  Teruskan bacaan...

Anak....oh......anak

Salam 1 Malaysia............entahla apa yang sedang berlaku di negara kita skrg ni. Boleh kata tiap2 minggu dapat cerita tentang pembuangan bayi. PERSOALANNYA....mengapakah semua ini berlaku???? Apa yang menyebabkan manusia2 ni tergamak untuk membuang atau lebih kejam lagi membunuh bayi yang tidak berdosa???? Mungkin ada di kalangan kita saling menyalahkan antara datu sama lain...alaaa, lebih kurang lagu bangau..oh..bangau tu, tapi siapa di antara kita yang memikirkan knp perkara ini makin menjadi2????
Kita sepatutnya cari akar cerita ini, kemudian cuba bersihkannya dengan pendekatan agama.......saya pasti setiap agama melarang perbuatan seks luar nikah....semua ni bukan kerja kerajaan je, tapi kita ni sebagai satu masyarakat mesti ambil tahu perkara ni.......jgn sampai satu hari nanti, masyarakat kita dipimpin oleh golongan anak luar nikah.......bukan saya menghina tetapi ini berkaitan dengan agama dan keturunan...................yang dah berlaku tu jadikan panduan kita supaya kita dapat penyelesaiaan di masa depan.............TOLONGLA......jangan la kita dok salahkan sesama sendiri.......AYUH....bangunla untuk kebaikan dan keberkatan hidup kita................
»»  Teruskan bacaan...

Thursday, May 6, 2010

ALHAMDULILLAH...............................




Malam ni malam terakhir kami di sini........MAK DATUK!!!!!!! banyak benda yang satu masa dulu aku rasa susah, dah dapat aku buat. Tu la kan...kalau tak cuba, mana nak tau..............
Terima kasih banyak kepada semua para pengajar........sabar je la dengan kami ni.........
mudah-mudahan apa yang dipelajari akan dipraktikkan sepenuhnya dalam kehidupan seharian........................TERIMA KASIH....................
»»  Teruskan bacaan...

SEMPOIIIIII..............














best btl la.....mnggu ni kursus psl joomla....facebook....bt blog............
bole la aku guna untuk kebaikan aku ngan budak2 kt sik tu.............
jgn sia2kn ilmu yg ada....rugi duit MARA woooooooooooo....
aku pn byr income tax gk....

Bookmark and Share

»»  Teruskan bacaan...

usahawan...ooohhh...usahawan




USAHAWAN KERJAYA PILIHAN.........ni bukan calang2 nyer motto ni....ni makna nyer harapan dan amanah kepada pengajar2 usahawan untuk membangunkan bangsa kita sendiri......tp persoalannye....ADAKAH KITA BETUL2 BERSEDIA dan DISEDIAKAN UNTUK TUJUAN ITU................
kita ni bole la diibaratkan sebagai GABAN yg selalu menyelamatkan bumi....dlm masa yg cepat....0.03 saat................

Bookmark and Share

»»  Teruskan bacaan...

SELAMAT DATANG KE ALAM TERBARU



Hari ni satu lg sejarah dalam hidup aku.........dah nk jd blogger la plak....kita tengok pe nk jadi lepas ni....hahahahahahahaha
»»  Teruskan bacaan...
Bookmark and Share